Buku 150 Ungkapan Mudah Bahasa Mandarin

Laman ini khusus kepada mereka yang berminat untuk dapatkan produk Buku 150 Ungkapan Mudah Bahasa Mandarin.
Anda tiada asas bahasa Mandarin?
Mencari buku yang sesuai untuk anda belajar bercakap ayat-ayat simple dalam bahasa Mandarin?
Mencari buku yang menyediakan kaedah sebutan dalam Bahasa Melayu sebagai panduan untuk cakap Mandarin?
Mencari buku yang menyediakan TIPS-TIPS cara sebut ungkapan bahasa Mandarin?
Innsyaallah kami boleh membantu!!
Memperkenalkan....
" Buku 150 Ungkapan Mudah Bahasa Mandarin"
APAKAH YANG BAKAL DIBONGKARKAN DALAM BUKU 150 UNGKAPAN MUDAH BAHASA MANDARIN INI?
- Mengandungi 150 ungkapan Bahasa Mandarin yang tepat dan ringkas yang anda boleh gunakan dalam percakapan seharian.
- Setiap ungkapan mengandungi tiga bahasa iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris & Bahasa Mandarin.
- Disertakan kaedah sebutan dalam Bahasa Melayu sebagai panduan untuk membaca pinyin (sistem sebutan rumi Bahasa Mandarin)
- Ada pengenalan dalam setiap bab. Pengenalan ni berfungsi untuk menerangkan kegunaaan ungkapan-ungkapan dalam bab 1 hingga bab 12.
- Bonus 50 Tips Cara Guna Ungkapan Mandarin dengat tepat.
- Buku fizikal dalam format "Perfect Binding", full color depan belakang dan tambahan illustrasi / gambar bewarna untuk kefahaman yang lebih mendalam.
- Isi Kandungan: Ungkapan Salam, Ungkapan Perpisahan, Ungkapan Selamat, Ungkapan Terima Kasih, Ungkapan Maaf, Ungkapan Kasih Sayang, Ungkapan Pujian, Ungkapan Seharian-Pertanyaan, Ungkapan Seharian-Jawapan, Ungkapan Perintah, Ungkapan Permintaan,Ungkapan Negatif
APA KATA MEREKA YANG TELAH MEMBELI BUKU INI?
SIAPAKAH PENULIS BUKU INI ?
Puan Siti Hawa Binti Ar. Hj. Othman atau lebih dikenali dengan panggilan Hawa Laoshi ( Cikgu Hawa ) ialah seorang yang fasih berbahasa Malaysia dan mendapat pendidikan Bahasa Mandarin lebih dari 12 tahun.
Beliau mendapat pendidikan Bahasa Mandarin seawal usia 5 tahun di Tadika Keh Seng, Melaka sebelum melanjutkan pendidikan sekolah rendah di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Keh Seng, Melaka. Minat dan kesungguhan beliau dalam mempelajari Bahasa Mandarin mendorong ibubapa beliau menghantar beliau ke Sekolah Menengah Pay Fong, Melaka sebuah sekolah swasta beraliran Cina (Mandarin). Setelah mendapat Ijazah Perakauan di Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR), Beliau bekerja sebagai juruaudit di syarikat swasta sebelum membuat keputusan untuk menjadi pengajar dan pembimbing sepenuh masa dalam pendidikan Bahasa Mandarin. Beliau juga telah memperolehi Certifificate of Chinese Proficiency Test, HSK (Level 6) yang dikeluarkan oleh Negara China. Tidak dilupakan, beliau turut memperoleh sijil jurulatih bdaripada Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) pada tahun 2017.
Kini, Puan Siti Hawa Binti Ar. Hj. Othman merupakan trainer sepenuh masa di Sifu Mandarin. Beliau berpengalaman mengendalikan program bahasa Mandarin di badan – badan kerajaan ( Kementerian Pelancongan Malaysia Putrajaya, Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani ), syarikat swasta (Million Makers Sdn Bhd - syarikat logistic; D&P Process & Services – syarikat pembekal Petronas, Inhealth Beauty – syarikat kecantikan, badan NGO – Multiracial Reverted Muslim, Koperasi seperti Koperasi Ukhuwah, Komuniti – masjid sekitar Selangor, individu dewasa secara perseorangan dan kumpuluan serta kanak – kanak.
Puan Siti Hawa juga merupakan penulis buku dan e book. Antara buku yang telah beliau tulis ialah buku modul kelas dewasa, buku tulis tulisan Cina, buku 150 ungkapan mudah bahasa Mandarin dan buku modul kelas kanak-kanak.
Untuk e book pula, beliau telah menghasilkan ebook 30 peribahasa Cina Terindah, ebook perbualan harian dalam bahasa Mandarin, ebook belajar Mandarin dengan 20 buah lagu kanak-kanak dan ebook cepat mahir bertutur bahasa Mandarin.

ANTARA MEDIA YANG TELAH MEMBUAT LIPUTAN KEPADA PUAN SITI HAWA @ KELAS SIFU MANDARIN
BERAPAKAH PELABURAN ILMU YANG PERLU ANDA KELUARKAN ?
Anda hanya perlu bayar RM 39.00 sahaja (Tak termasuk kos postage).
Ianya adalah harga paling minima yang dapat pihak kami tawarkan, agar dapat menampung segala kos yang terlibat di dalam penerbitan bahan ilmu ini. Ia sangat-sangat berbaloi jika nak di bandingkan dengan ilmu anda akan perolehi. Pendek kata, ia adalah PELABURAN YANG SANGAT BERBALOI!
Semoga pelaburan anda terhadap ilmu ini, akan dapat memberikan manfaat dan memantapkan lagi ilmu perbualan anda di dalam Bahasa Mandarin.
OPSSS...NANTI DULU !
Kami ada BONUS FREE untuk anda yang membeli buku ini :
BONUS --> 12 video online penerangan buku 150 Ungkapan Mudah Bahasa Mandarin.
Kami akan beri link BONUS ini di email anda selepas kami sahkan bayaran anda.
Video ini anda akan dapat tonton di channel telegram / youtube private kami.
Video online ini ialah penerangan & sebutan ungkapan dalam buku 150 ungkapan mudah bahasa Mandarin ini.
Hawa laoshi (penulis buku) akan sebut ungkapan & buat penerangan ringkas setiap bab dalam buku ini.
Jadi anda bukan saja boleh belajar dengan buku, malah boleh dengar sebutan yang tepat nanti.
