9 VIDEO CARA CAKAP MANDARIN UNTUK SALES AGENT
Laman ini khusus kepada mereka yang berminat untuk dapatkan 9 Video Cara Cakap Mandarin untuk Sales Agents
Adakah anda seorang Sales Agents?? Perlu kan ayat-ayat Mandarin yang boleh di gunakan khas untuk pelanggan Cina anda?
Kami ada solusinya!!
(PERHATIAN! INI IALAH VIDEO ONLINE , BUKAN CD / DVD FIZIKAL)
Siapakah Tenaga Pengajar di Dalam Rakaman Video ini?
Puan Siti Hawa Binti Ar. Hj. Othman atau lebih dikenali dengan panggilan Hawa Laoshi ( Cikgu Hawa ) ialah seorang yang fasih berbahasa Malaysia dan mendapat pendidikan Bahasa Mandarin lebih dari 12 tahun.
Beliau mendapat pendidikan Bahasa Mandarin seawal usia 5 tahun di Tadika Keh Seng, Melaka sebelum melanjutkan pendidikan sekolah rendah di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Keh Seng, Melaka. Minat dan kesungguhan beliau dalam mempelajari Bahasa Mandarin mendorong ibubapa beliau menghantar beliau ke Sekolah Menengah Pay Fong, Melaka sebuah sekolah swasta beraliran Cina (Mandarin). Setelah mendapat Ijazah Perakauan di Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR), Beliau bekerja sebagai juruaudit di syarikat swasta sebelum membuat keputusan untuk menjadi pengajar dan pembimbing sepenuh masa dalam pendidikan Bahasa Mandarin. Beliau juga telah memperolehi Certifificate of Chinese Proficiency Test, HSK (Level 6) yang dikeluarkan oleh Negara China. Tidak dilupakan, beliau turut memperoleh sijil jurulatih bdaripada Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) pada tahun 2017.
Kini, Puan Siti Hawa Binti Ar. Hj. Othman merupakan trainer sepenuh masa di Sifu Mandarin. Beliau berpengalaman mengendalikan program bahasa Mandarin di badan – badan kerajaan ( Kementerian Pelancongan Malaysia Putrajaya, Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani ), syarikat swasta (Million Makers Sdn Bhd - syarikat logistic; D&P Process & Services – syarikat pembekal Petronas, Inhealth Beauty – syarikat kecantikan, badan NGO – Multiracial Reverted Muslim, Koperasi seperti Koperasi Ukhuwah, Komuniti – masjid sekitar Selangor, individu dewasa secara perseorangan dan kumpuluan serta kanak – kanak.
Puan Siti Hawa juga merupakan penulis buku dan e book. Antara buku yang telah beliau tulis ialah buku modul kelas dewasa, buku tulis tulisan Cina, buku 150 ungkapan mudah bahasa Mandarin dan buku modul kelas kanak-kanak.
Untuk e book pula, beliau telah menghasilkan ebook 30 peribahasa Cina Terindah, ebook perbualan harian dalam bahasa Mandarin, ebook belajar Mandarin dengan 20 buah lagu kanak-kanak dan ebook cepat mahir bertutur bahasa Mandarin.
Mahu Rakaman Video ni?
Harga untuk 9 Video Perbezaan Nada Dalam Bahasa Mandarin ini hanyalah berharga RM55.00 sahaja. Ianya adalah harga paling minima yang dapat pihak kami tawarkan, agar dapat menampung segala kos yang terlibat di dalam penerbitan bahan ilmu ini. Ia sangat-sangat berbaloi jika nak di bandingkan dengan ilmu anda akan perolehi. Pendek kata, ia adalah PELABURAN YANG SANGAT BERBALOI!
Semoga pelaburan anda terhadap ilmu ini, akan dapat memberikan manfaat dan memantapkan lagi ilmu perbualan anda di dalam Bahasa Mandarin.
*** Ini ialah video online. Bermaksud anda boleh belajar dan baca di handphone / laptop / PC pada bila-bila masa sahaja.